Sunday, 11 March 2012

Kitab Suci Al-Quran Ditulis Menggunakan 24 Liter Darah Presiden Iraq


Pemerintah Iraq buntu memikirkan apa yang sepatutnya dibuat berhubung kitab suci al-Quran yang ditulis dengan menggunakan 24 liter darah bekas Presiden Iraq, Saddam Hussein.

Presiden Majlis Pentadbiran Iraq mahu semua barang yang berkaitan dengan Saddam termasuk kitab suci tersebut dimusnahkan.

Namun, Ali al-Moussawi yang merupakan jurucakap Perdana Menteri, Nouri al-Maliki berkata, al-Quran itu perlu disimpan bagi mengingatkan rakyat mengenai kekejaman Saddam.

Saddam yang memerintah dari tahun 1979 hingga 2003, mati dihukum gantung selepas dia ditangkap askar-askar Amerika Syarikat (AS) yang menceroboh Iraq. Saddam dihukum mati selepas didapati bersalah melakukan jenayah kemanusiaan.



Fakta Ringkas:-

- Setebal 650 muka surat.

-Projek ini dipercayai dimulakan oleh Saddam Hussein sebagai tanda kesyukuran selepas anak lelakinya, Uday terselamat daripada percubaan untuk membunuhnya.

-Ditulis oleh ahli kaligrafi, Abbas Shakir Joody al-Baghdaddi yang telah dilantik sendiri oleh Presiden Saddam Hussein.

-Ditulis dengan menggunakan sendiri darah Saddam Hussein yang didermakannya selama tiga tahun.

-Disimpan di sebuah kamar berkunci di sebuah masjid yang dikenali sebagai "Ibu Segala Peperangan".

Sumber :  http://billyinfo.blogspot.com/2010/12/kitab-al-quran-ditulis-guna-24-liter.html#more  

No comments:

Post a Comment